Salam
n slm pagi semua....kali ni sya nak cita sikit pasal pemakanan seimbang yg
sering kita dengor di tv n majalah....tapi apa sebenornya pemakan seimbang tu
yek.....
Kebanyakan kita juga masih
keliru dengan apa yang dimaksudkan dengan pemakanan seimbang dan hanya
menganggap buah-buahan atau sayur-sayuran paling berkhasiat, sedangkan
hakikatnya ia lebih daripada itu.
Lebih membimbangkan, sikap kurang prihatin mengenai pemakanan sihat menyumbang kepada pelbagai penyakit berkaitan makanan termasuk obesiti. Mengikut pakar kesihatan pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul.
Kekurangan nutrien
boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi. Manakala pengambilan makanan
segera yang berlebihan tidak di galakkan, sebaliknya mengambil makanan yang
tinggi zatnya dari segi protien, karbohidrat dan vitamin untuk mengekalkan
tenaga harian. sya rasa cukup setakat ni...insyaallah lepas ni kita discus
pasal penyediaan makanan pula ya...by
0 comments:
Post a Comment